collections khutbah Adab Mengurus Perbezaan Pandangan
Adab Mengurus Perbezaan Pandangan

Majlis Ugama Islam Singapura

Khutbah Jumaat

13 Mei 2022 / 11 Syawal 1443H

Adab Mengurus Perbezaan Pandangan

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah,

Marilah kita bertakwa kepada Allah (s.w.t.) dengan melakukan segala perintah-Nya, dan menjauhi segala larangan-Nya. Semoga kita tergolong di kalangan hamba-Nya yang mulia. Amin.

 

Saudara dan saudari,

Perbezaan pendapat adalah lumrah dan sering berlaku dalam kehidupan. Ia juga berlaku dalam urusan hukum-hakam, terutama dalam isu cabang dalam agama. Ini dapat kita lihat dalam perbezaan pendapat antara ulama dalam memahami sebahagian teks agama. Dari perbezaan pendapat sebeginilah lahirnya beberapa mazhab fiqh sebagaimana yang kita semua ketahui. Perbezaan pendapat ini bukanlah sesuatu yang tercela kerana ia adalah sunnatullah dalam ciptaan-Nya.  Allah (s.w.t.) berfirman:

Yang bermaksud: “Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah Ia menjadikan umat manusia semuanya menurut agama yang satu. (Tetapi Ia tidak berbuat demikian) dan (kerana itulah) mereka terus-menerus berselisihan.” (Hud:118)

Namun, isu yang perlu diperhatikan adalah bagaimana mengambil sikap dan menguruskan perbezaan pandangan ini?

 

Saudara dan saudari sekalian,

Para ulama telah menggariskan adab-adab yang perlu difahami dan dihayati oleh Muslim ketika berbeza pandangan. Adab-adab ini adalah warisan akhlak mulia yang ditinggalkan oleh ulama terdahulu untuk diamalkan.

Antara adab yang perlu dihayati ialah: Seorang Muslim tidak sewajarnya merendahkan, mengaibkan atau memberikan gelaran atau label yang tidak baik atau kurang sopan terhadap mereka yang tidak sependapat dengannya.

Ini sebagaimana larangan yang terkandung dalam firman Allah dalam surah al-Hujurat yang melarang setiap mukmin daripada saling mencemuh, menghina ataupun memberi gelaran yang buruk antara satu dengan yang lain.  Allah berfirman yang bermaksud: “…dan jangalah kamu saling menggelarkan dengan gelaran-gelaran (yang tidak baik)…” (Al-Hujurat:11).

 

Saudara dan saudari,

Selanjutnya, sikap yang perlu ada dalam diri kita ialah: Kita tidak sewajarnya bersikap fanatik dan dengan keras mendakwa bahawa kebenaran hanyalah pada apa yang kita pelajari daripada guru-guru kita sahaja.

Kerana seorang mukmin hendaklah ikhlas dalam mencari kebenaran dan menuntut ilmu. Beliau tidak sewajarnya berfikiran sempit lalu menyempitkan keluasan yang telah diberikan oleh Allah (s.w.t.). Pendekatan membataskan kebenaran kepada individu-individu yang tertentu sahaja, akan menyebabkan seorang Muslim terhalang daripada meraih kebaikan dan mutiara-mutiara ilmu daripada para ulama yang lain.

Lihatlah bagaimana pekerti ulama silam kita, seperti Imam al-Shafi’i dalam hal ini. Beliau berkata: Pendapat aku tepat, tetapi mungkin sahaja (ia boleh) salah. Dan pendapat mereka yang berlainan dengan tidak tepat, namun, mungkin sahaja mereka berada di atas kebenaran.

Bagaimana yakin pun kita terhadap kebenaran yang kita capai, kita tidak akan terlepas dari kemungkinan bahawa ilmu yang kita miliki, masih lagi terdapat kekurangannya. Hadis yang kita ketahui dan dengar, kemungkinan sahaja ada penafsiran ulama yang berbeza dengan kefahaman kita yang terbatas itu. Oleh itu, bukalah hati kita ini untuk meraih ilmu pengetahuan serta menjauhi segala jenis ta’asub dan permusuhan.


Lihatlah Baginda Nabi (s.a.w.) walaupun dididik langsung oleh Allah (s.w.t.), baginda tetap terus berdoa meminta agar ilmunya sentiasa ditambah. Allah (s.w.t.) berfirman:

Yang bermaksud: “Maka Maha Tinggi Allah, yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Maha Benar. Dan janganlah engkau tergesa-gesa membaca Al-Quran sebelum selesai dibacakan oleh Jibril kepadamu, dan berdoalah dengan berkata: "Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku.” (Taha:114)

Semoga Allah (s.w.t.) mempermudahkan kita untuk menghayati adab ikhtilaf dan menjauhi sikap ta’assub sebagaimana yang diajarkan oleh para ulama kita. Semoga kita termasuk dalam golongan orang yang sentiasa menegakkan keadilan dalam setiap perkataan, perbuatan dan tindakan kita. Amin ya Rabbal ‘Alamin!

أَقُوْلُ قَوْلِي هَذَا وَ أَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِي وَ لَكُمْ، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُوْرُ الرَّحِيْم

 

Khutbah Kedua

الحَمْدُ للهِ حَمْدًا كَثِيرًا كَمَا أَمَرَ، وَأَشْهَدُ أَن لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله، اِتَّقُوا اللهَ تَعَالَى فِيمَا أَمَرَ، وَانتَهُوا عَمَّا نَهَاكُم عَنْهُ وَزَجَرَ.

أَلَا صَلُّوا وَسَلِّمُوا عَلَى النَّبِيِّ الْمُصْطَفَى، فَقَدْ أَمَرَنَا اللهُ بِذَلِكَ حَيْثُ قَال فِي كِتَابِهِ العَزِيزِ: إِنَّ اللهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَـا أَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا تَسلِيمًا. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَ بَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ.

وَارْضَ اللَّهُمَّ عَنِ الخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ المَهْدِيِّينَ أَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ وَعَلِيِّ، وَعَن بَقِيَّةِ الصَّحَابَةِ وَالقَرَابَةِ وَالتَّابِعِينَ، وَتَابِعِي التَّابِعِينَ، وَعَنَّا مَعَهُم وَفِيهِم بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلمُؤْمِنِينَ وَالمُؤْمِنَاتِ، وَالمُسْلِمِينَ وَالمُسْلِمَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنهُم وَالأَمْوَاتِ. اللَّهُمَّ ادْفَعْ عَنَّا البَلَاءَ وَالوَبَاءَ وَالزَّلَازِلَ وَالمِحَنَ، مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ، عَن بَلَدِنَا خَاصَّةً، وَسَائِرِ البُلْدَانِ عَامَّةً، يَارَبَّ العَالَمِينَ. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنيَا حَسَنَةً، وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.

عِبَادَ اللهِ، إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالعَدْلِ وَالإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي القُرْبَى، وَيَنْهَى عَنِ الفَحْشَاءِ وَالمُنكَرِ وَالبَغْيِ، يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ، فَاذكُرُوا اللهَ العَظِيمَ يَذْكُركُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدكُمْ، وَاسْأَلُوهُ مِن فَضلِهِ يُعطِكُم، وَلَذِكرُ اللهِ أَكبَرُ، وَاللهُ  يَعلَمُ مَا تَصنَعُونَ.