collections khutbah Bukti Cinta kepada Nabi Dengan Memilih Kebaikan
Bukti Cinta kepada Nabi Dengan Memilih Kebaikan

Majlis Ugama Islam Singapura

Khutbah Jumaat

7 Oktober 2022 / 10 Rabiulawal 1444H

  
 Bukti Cinta kepada Nabi Dengan Memilih Kebaikan

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah,

Marilah kita bertakwa kepada Allah (s.w.t.) dengan melaksanakan segala perintah-Nya, dan menjauhi segala larangan-Nya. Semoga Allah (s.w.t.) menjadikan kita umat yang sentiasa mencintai Nabi-Muhammad (s.a.w.) dan bersungguh-sungguh mencontohi Sunnahnya. Amin.
 

Saudara dan saudari,

Sebagai orang yang beriman, kita bukan hanya wajib percaya bahawa Baginda (s.a.w.) adalah salah seorang utusan Allah (s.w.t.). Bahkan kita diperintah untuk mencintai Baginda lebih dari orang lain seperti yang diriwayatkan dalam hadis yang bermaksud: “Tidak sempurna iman salah seorang dari kamu sehingga menjadikan aku lebih yang dicintai dari orang tuanya, anaknya dan seluruh manusia.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)
 

Hadis ini menegaskan bahawa mencintai Nabi (s.a.w.) melebihi dari lainnya merupakan tanda kesempurnaan iman kita. Mengapa? Kerana Baginda (s.a.w.) adalah seorang Rasul yang diutus untuk membimbing manusia ke arah kebenaran. Baginda (s.a.w.) juga memandu manusia untuk mencapai kejayaan dan keselamatan di dunia dan akhirat. Maka dengan kedudukan Baginda yang teramat mulia ini, kita wajar mencintainya lebih dari keluarga kita, bahkan lebih dari diri kita sendiri.

Saudara dan saudari,

Mendakwa cinta terhadap Baginda (s.a.w.) itu tidak cukup hanya dengan menimbulkan pengakuan di dalam hati atau ucapan di bibir sahaja. Ketulusan cinta seseorang itu terzahir pada setiap perbuatan dan ucapan serta akhlak kita.

  
Perhatikan bagaimana mengikuti Baginda (s.a.w.) menjadikan kayu ukur bagi cinta hakiki terhadap Allah (s.w.t.). Allah (s.w.t.) berfirman:

Yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Ali-Imran:31)

 

Oleh itu, seorang yang mendakwa cinta terhadap Baginda (s.a.w.), hendaklah berusaha untuk sentiasa mengikuti segala Sunnah-sunnahnya. Terdapat banyak sunnah dan contoh tauladan yang terbaik yang boleh diambil dari peribadi mulia Rasulullah (s.a.w.).

 

Saudara dan saudari,

Beberapa minggu lepas, kita telah membicarakan mengenai kepentingan memelihara keluarga dan anak-anak dari anasir yang tidak sihat.  Peranan ibu ayah penting dalam memastikan anak-anak membesar dengan suasana yang sihat dan positif. Namun, apabila anak-anak membesar, mereka akan berkawan dengan rakan-rakan sekolah dan sebagainya. Demi memastikan peralihan tingkatan usia sentiasa terjaga dengan anasir yang baik, anak-anak perlu diingatkan tentang kepentingan memilih kawan-kawan yang baik. Hal ini amat penting kerana kawan-kawan juga boleh memberi kesan kepada cara pemikiran dan gaya hidup. Rasulullah (s.a.w.) telah berpesan:

المرْءُ عَلَى دِينِ خَلِيلِه فَلْيَنظُرْ أَحَدُكُمْ مَن يُخَالِل

Yang bermaksud: “Seseorang tergantung (terkesan) kepada agama temannya, maka hendaklah kamu memerhatikan (untuk memilih) siapakah temannya.” (Hadis Riwayat Imam Ahmad)


Saudara saudari,

Hadis yang dibacakan tadi merupakan salah satu panduan penting untuk terus kekal di atas landasan yang benar dan selamat. Memilih kawan dan rakan yang baik juga merupakan ikutan yang baik dari Sunnah Rasulullah (s.a.w).
 

Dengan memilih kawan yang baik, ia akan memberi kesan kepada peribadi kita. Kawan yang baik juga dapat membantu menyelamatkan diri dari terjerumus ke kancah yang tidak baik. Lebih-lebih lagi dalam suasana kehidupan hari ini yang penuh mencabar dengan pemikiran golongan muda yang ingin mencuba dan mudah terikut-ikut trend masakini, sudah pasti pemilihan kawan yang betul dapat menyelamatkan diri dari terpesong dan songsang.
 

 Di dalam sebuah hadis, Nabi (s.a.w) bersabda yang bermaksud, “Perumpamaan kawan yang baik dan kawan yang buruk seperti seorang penjual minyak wangi dan seorang peniup alat untuk menyalakan api (tukang besi). Adapun penjual minyak wangi, mungkin dia akan memberikan hadiah kepadamu, atau kamu membeli darinya, atau kamu mendapatkan bau harum darinya. Sedangkan tukang besi, mungkin dia akan membakar pakaianmu, atau kamu akan mendapatkan bau yang busuk”. (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Semoga Allah (s.w.t.) sentiasa mekarkan rasa cinta dalam diri kita dan keluarga terhadap Rasulullah (s.a.w.), dengan menuruti segala perintah agama yang dibawanya dan menjauhi segala yang dilarangnya. Amin ya Rabbal Alamin.

أَقُوْلُ قَوْلِي هَذَا وَ أَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِي وَ لَكُمْ، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُوْرُ الرَّحِيْم

 

Khutbah Kedua

الحَمْدُ للهِ حَمْدًا كَثِيرًا كَمَا أَمَرَ، وَأَشْهَدُ أَن لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله، اِتَّقُوا اللهَ تَعَالَى فِيمَا أَمَرَ، وَانتَهُوا عَمَّا نَهَاكُم عَنْهُ وَزَجَرَ.

أَلَا صَلُّوا وَسَلِّمُوا عَلَى النَّبِيِّ الْمُصْطَفَى، فَقَدْ أَمَرَنَا اللهُ بِذَلِكَ حَيْثُ قَال فِي كِتَابِهِ العَزِيزِ: إِنَّ اللهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَـا أَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا تَسلِيمًا. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَ بَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ.

وَارْضَ اللَّهُمَّ عَنِ الخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ المَهْدِيِّينَ أَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ وَعَلِيِّ، وَعَن بَقِيَّةِ الصَّحَابَةِ وَالقَرَابَةِ وَالتَّابِعِينَ، وَتَابِعِي التَّابِعِينَ، وَعَنَّا مَعَهُم وَفِيهِم بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلمُؤْمِنِينَ وَالمُؤْمِنَاتِ، وَالمُسْلِمِينَ وَالمُسْلِمَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنهُم وَالأَمْوَاتِ. اللَّهُمَّ ادْفَعْ عَنَّا البَلَاءَ وَالوَبَاءَ وَالزَّلَازِلَ وَالمِحَنَ، مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ، عَن بَلَدِنَا خَاصَّةً، وَسَائِرِ البُلْدَانِ عَامَّةً، يَارَبَّ العَالَمِينَ. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنيَا حَسَنَةً، وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.

عِبَادَ اللهِ، إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالعَدْلِ وَالإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي القُرْبَى، وَيَنْهَى عَنِ الفَحْشَاءِ وَالمُنكَرِ وَالبَغْيِ، يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ، فَاذكُرُوا اللهَ العَظِيمَ يَذْكُركُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدكُمْ، وَاسْأَلُوهُ مِن فَضلِهِ يُعطِكُم، وَلَذِكرُ اللهِ أَكبَرُ، وَاللهُ  يَعلَمُ مَا تَصنَعُونَ.