Cara Melaksanakan Solat Aidilfitri Di Rumah - Panduan Langkah demi Langkah

by Muslim.Sg 2021-05-11 • 14 min read
Muslim.Sg is a Muslim lifestyle platform that aims to deepen your understanding of faith, in collaboration with the Asatizah Youth Network (AYN). We are part of the Islamic Religious Council of Singapore (Muis).
2021-05-11 • 14 min read

Cara Melaksanakan Solat Aidilfitri Di Rumah - Panduan Langkah demi Langkah

Solat, Sunat, Aidilfitri, Di, RumahBulan Ramadhan yang mulia ini hampir sampai ke penghujungnya. Tidak lama lagi, kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, ia adalah hari kemenangan bagi kita setelah berusaha menjadi versi diri kita yang terbaik secara rohani, jasmani dan sosial dengan ketekunan, harapan dan kesabaran.

Tahun ini, kita diberi peluang untuk mendirikan Solat Hari Raya di masjid walaupun slot yang diberikan adalah terhad. Yang tidak berkesempatan untuk ke masjid di pagi raya, kita tetap berpeluang untuk mendirikan Solat Hari Raya bersama keluarga di rumah.

Semangat Aidilfitri akan tetap bersama kita atas kemenangan kita pada bulan Ramadhan dan kerana kita masih dapat melaksanakan solat Aidilfitri di rumah!

Solat Sunat Aidilfitri adalah solat yang sangat digalakkan atau Sunnah Muakkadah. Menurut para ‘Ulama’, ia dianggap sebagai salah satu Sunnah yang paling diutamakan di antara Solat-solat Sunnah (nawafil) yang lain. Rasulullah s.a.w. tidak pernah terlepas untuk melaksanakannya sejak ia disyariatkan bagi umat Islam untuk menunaikannya.

Solat Sunat Aidilfitri sesuai dilaksanakan secara berjemaah. Namun, ia juga boleh dilaksanakan secara bersendirian. Sekiranya kita tidak berjaya mendapatkan slot Solat Sunat Aidilfitri di masjid, kita boleh terus menghidupkan Sunnah ini dengan melaksanakannya di rumah.

Waktu untuk melaksanakan Solat Sunat Aidilfitri adalah pada hari pertama bulan Syawal, apabila matahari telah terbit sekitar 30 minit selepas waktu Syuruq, iaitu sekitar jam 7:30 pagi, sehingga sebelum waktu Solat Zohor.

Berikut adalah panduan langkah demi langkah untuk melaksanakan Solat Sunat Aidilfitri:

1) Baca niat untuk melaksanakan Solat Sunnah Aidilfitri.

 Baca niat Solat Sunnah Aidilfitri.

أُصَلِّي سُنَّةَ عِيدِ الفِطْرِ رَكعَتَين لِلَّهِ تَعَالَى

Usolli sunnata ‘idil fitri rak'ataini lillah ta'ala 

Sahaja aku solat Sunat Aidilfitri dua raka’at kerana Allah ta’ala

Jika anda solat secara berjemaah, niat untuk Solat Aidilfitri adalah seperti berikut:

Imam yang memimpin solat membaca niat:

أُصَلِّي سُنَّةَ عِيدِ الفِطْرِ رَكعَتَينِ إِمَامًا لِلَّهِ تَعَالَى

Usolli sunnata ‘idil fitri rak'ataini imaamam lillah ta'ala

Sahaja aku solat Sunat Aidilfitri dua raka’at sebagai Imam kerana Allah ta’ala

Ma’mum (pengikut Imam) membaca niat:

Cara, Solat, Aidilfitri, Di Rumah

أُصَلِّي سُنَّةَ عِيدِ الفِطْرِ رَكعَتَينِ مَأمُومًا لِلَّهِ تَعَالَى

Usolli sunnata ‘idil fitri rak'ataini ma’muman lillah ta'ala

Sahaja aku solat Sunat Aidilfitri dua raka’at sebagai ma’mum (pengikut Imam) kerana Allah ta’ala

Baca Panduan solat berjemaah dirumah.

2) Lakukan Takbiratul Ihram

Takbiratul Ihram adalah tindakan mengangkat kedua-dua belah tangan sehingga ibu jari berada searas dengan cuping telinga, dan telapak tangan setinggi di atas bahu.

Ucapkan ‘Allahu Akbar’ sambil mengingati niat anda.

3) Letakkan tangan kanan anda di atas tangan kiri dan baca Doa Iftitah

Cara, Panduan, Solat, Sunat, Aidilfitri, Di, Rumah

Apabila mengucapkan Takbir, letakkan kedua-dua belah tangan anda di atas bawah dada dan letakkan tangan kanan di atas tangan kiri. 

Baca Doa Iftitah (doa pembukaan) dengan senyap dan hanya pada raka’at yang pertama. 

اللهُ اَكْبَرُ كَبِرًا وَالْحَمْدُ لِلهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَاَصِيْلًا .وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَالسَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِيْنَ . إِنَّ صَلَاتِيْ وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِيْ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ . لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَبِذَلِكَ اُمِرْتُ وَأنَا مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

______

Allaahu Akbar Kabiraa,

Walhamdulillāhi Kathīrā

Wa Subhānallāhi Bukratan Wa aṣīlā

Wajjahtu Wajhi-allazi Fatra-Samawāti wal-Ardh

Hanīfan-Musliman Wamā ana minal-musyrikīn

Inna ṣalātī, wanusukī wamahyayā, wamamātī Lillāhi rabbil-'ālamīn

Lā Syarīka lahu Wa Bidzālika Umirtu Wa Anā Minal Muslimīn

______

Allah Maha Besar

Segala puji bagi Allah

Maha Suci Allah pagi dan petang

Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi

Aku berserah kepada Allah dan bukanlah aku daripada golongan orang yang menyekutukan-Nya

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah, Tuhan sekalian alam

Tiada sekutu bagi-Nya, dan dengan demikianlah aku diperintahkan, dan aku adalah daripada golongan orang-orang Islam

 4) Lakukan 7x Takbir

Selepas membaca Doa Iftitah, angkat kedua-dua belah tangan anda untuk melakukan Takbir (Allahu Akbar) lagi sebanyak 7 kali. Letakkan semula kedua-dua belah tangan anda di atas dada selepas setiap Takbir seperti posisi berdiri biasa dalam solat.

Adalah sebahagian daripada Sunnah untuk membaca yang berikut di antara setiap Takbir dengan senyap, termasuk setelah Takbir yang ke-7:

سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللهُ أَكبَر 

SubhanAllah Walhamdu-lillah Wa-La Ilaha Ilallahu Wallahu Akbar

Sekiranya anda tersilap dalam mengira jumlah Takbir yang telah dibacakan - misalnya, membaca 8 Takbir dan bukan 7 Takbir, maka tidak mengapa. Ia dianggap sebagai Makruh (tidak disukai), tetapi solatnya tetap sah.

Sekiranya anda tidak pasti akan jumlah Takbir yang telah dibacakan, sambung kiraan anda dari jumlah yang terkecil mengikut ingatan anda.

Dan sekiranya anda terlupa melakukan 7 Takbir tersebut dan terus membaca Surah Al-Fatihah sejurus selepas Takbiratul Ihram, maka anda boleh meneruskan solat anda kerana ia tidak membatalkan Solat Sunat anda. Sungguhpun begitu, meninggalkan 7 Takbir tersebut secara tidak sengaja adalah Makruh (tidak disukai).

Penting juga untuk kita jelaskan di sini bahawa 7 Takbir yang disebutkan tadi tidak termasuk Takbiratul Ihram (Takbir Pembukaan).

Panduan, Solat, Sunat, Aidilfitri, Di Rumah

5)   Baca Surah Al-Fatihah dan Surah lain dari Al-Quran

Apabila 7 Takbir telah dilakukan, baca Ta’awwudz (berlindung kepada Allah s.w.t.):

أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

A`udhu billahi min ash-shaytan ar-rajim

Aku berlindung kepada Allah s.w.t. daripada syaitan yang direjam

Kemudian baca Surah Al-Fatihah:

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ. الحَمدُ لِلَّهِ رَبِّ العالَمينَ

الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ. مالِكِ يَومِ الدّينِ

إِيّاكَ نَعبُدُ وَإِيّاكَ نَستَعينُ

اهدِنَا الصِّراطَ المُستَقيمَ

صِراطَ الَّذينَ أَنعَمتَ عَلَيهِم غَيرِ المَغضوبِ عَلَيهِم وَلَا الضّالّينَ

  ______

Bi-smi llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.

Al-ḥamdu li-llāhi rabbi l-ʿālamīn.

Ar-raḥmāni r-raḥīm.

māliki yawmi d-dīn.

iyyāka naʿbudu wa-iyyāka nastaʿīn.

Ihdinā ṣ-ṣirāṭa l-mustaqīm.

ṣirāṭa lladhīna anʿamta ʿalayhim ghayri l-maghḍūbi ʿalayhim wa-lā ḍ-ḍāllīn.

  ______

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Yang Maha Penyayang

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam

Yang Maha Pengasih dan Yang Maha Penyayang

Pemilik Hari Pembalasan

Hanya kepadaMu kami menyembah dan hanya kepadaMu kami mohon pertolongan

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus

Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat 

Bukan jalan mereka yang telah Engkau murkai, dan bukan pula jalan mereka yang sesat

Amiin.

Setelah melengkapkan bacaan Surah Al-Fatihah, anda boleh membaca surah pilihan anda yang telah anda hafal. Pada rakaat yang kedua, anda disarankan untuk memilih ayat-ayat yang tidak mendahului yang pertama mengikut urutan Al-Quran. Contohnya, anda boleh membaca Surah Al-’Asr pada rakaat pertama dan membaca Surah Al-Ikhlas pada rakaat yang kedua.

6) Lengkapkan raka’at yang pertama

Bungkuk ke hadapan untuk Ruku’

Baca Takbiratul Intiqal (Allahu Akbar) semasa peralihan dari berdiri ke bungkuk untuk Ruku ’, sambil mengangkat kedua-dua belah tangan seperti yang dijelaskan sebelum ini sewaktu Takbiratul Ihram. Turunkan tangan anda ke lutut secara perlahan semasa beralih ke posisi Ruku’.

Baca tiga kali,

سبحان ربي العظيم وبحمده

Subhanna Rabbiya l-’azim wa bihamdih

Maha Suci Tuhanku lagi Maha Agung dan segala puji bagi-Nya

Berdiri tegak - I’tidal

Selepas Ruku ’, kembali ke posisi berdiri sambil mengangkat kedua-dua belah tangan anda sama seperti sewaktu Takbiratul Ihram dan semasa beralih, baca:

سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ

Sami’ Allahu liman hamidah

Allah telah mendengar orang yang memuji-Nya

Turunkan tangan anda secara perlahan. Bila anda sedang berdiri tegak, baca:

رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ

Rabbana walaka-l-hamd

Ya Tuhan Kami, bagiMu segala puji

Lakukan Sujud yang pertama

Panduan, Solat, Sunat, Aidilfitri, Langkah, Demi, Langkah

Beralih ke posisi Sujud sambil membaca Takbiratul Intiqal (Allahu Akbar) tanpa mengangkat kedua-dua belah tangan. Biarkan lutut anda menyentuh tanah terlebih dahulu, diikuti oleh telapak tangan anda dan kemudian dahi anda. Semasa dalam Sujud yang pertama, baca tiga kali:

سبحان ربي الأعلى وبحمده

Subhānna Rabbiya l-a’lā wa bihamdih

Maha Suci Tuhanku lagi Maha Tinggi dan segala puji bagi-Nya

Duduk di atas lutut

Di antara dua Sujud, bangun dari posisi sujud ke posisi duduk di atas lutut sambil membaca Takbiratul Intiqal tanpa mengangkat kedua-dua belah tangan. Semasa duduk di antara dua Sujud, baca:

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَارْحَمْنِيْ وَاجْبُرْنِيْ وَارْفَعْنِيْ وَارْزُقْنِيْ وَاهْدِنِيْ وَعَافِنِيْ وَاعْفُ عَنِّيْ 

Rabbighfirlī wa-rhamnī wa-jburnī wa-rfa’nī wa-rzuqnī wa-hdinī wa ‘afinī wa’fu ‘annī 

Ya Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, tutuplah segala kekuranganku, angkatkanlah darjatku, berikanlah aku rezeki, berikanlah aku petunjuk, berikanlah aku kesihatan dan maafkanlah aku

Lakukan Sujud yang kedua

Setelah itu, kembali ke posisi Sujud untuk melengkapkan Sujud yang kedua dan ulangi bacaan seperti yang disebutkan tadi. Setelah melakukan kesemua rukun-rukun solat yang telah disebutkan tadi, kita telah melengkapkan raka’at yang pertama.

Panduan, Solat, Sunat, Aidilfitri, Di Rumah,

7) Kembali ke posisi berdiri - Lakukan 5 x Takbir

Kembali ke posisi berdiri sambil membaca Takbiratul Intiqal. Mulakan raka’at yang kedua dengan 5 lagi Takbir (Allahu Akbar) seperti yang dijelaskan dalam No.4. Di antara setiap Takbir, baca: 

 سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللهُ أَكبَر 

SubhanAllah Walhamdu-lillah Wa-La Ilaha Ilallahu Wallahu Akbar

Panduan, Solat, Sunat, Aidilfitri, Di Rumah

8) Baca Surah Al-Fatihah dan Surah lain dari Al-Quran

Sila rujuk pada langkah nombor 5

9) Lengkapkan raka’at yang kedua

Baca Tasyahhud akhir

Setelah membaca Surah Al-Fatihah dan surah lain dari Al-Quran, ulangi langkah-langkah No.6 untuk melengkapkan raka’at yang kedua. Selesaikan solat anda dengan membaca Tasyahhud akhir:

اَلتَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ. اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ. اَلسَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ 

At-tahiyyātul mubārakatuṣ-ṣalawātuth ṭayyibātu lillāh. Assalāmu ‘alaika ayyuhan-nabiyyu wa rahmatullāhi wa barakātuhu. Assalāmu ‘alainā wa ‘alā ‘ibādillāhiṣ-ṣālihīn.

Panduan, Cara, Solat, Sunat, Aidilfitri, Di, Rumah, Langkah, Demi, Langkah

Angkat jari telunjuk tangan kanan anda. Dan baca:

أَشْهدُ اَنْ لاَإِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ

Asyhadu an lā ilāha illallāh, wa asyhadu anna Muhammadar Rasuulullāh

Teruskan dengan selawat:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ علَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ 

Allahumma ṣalli 'ala Muhammadin, wa 'alā āli Muhammad, kamā ṣallaita 'ala 'āli Ibrāhīma, innaka Hamīdun Majīd. Allahumma bārik 'alā Muhammadin, wa 'alā āli Muhammad, kamā bārakta 'alā āli Ibrāhīma, innaka Hamīdun Majīd

Ya Allah limpahkan rahmat kepada Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad sebagaimana pernah Engkau beri rahmat kepada keluarga Nabi Ibrahim. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Ya Allah limpahkan keberkatan kepada Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad sebagaimana pernah Engkau beri keberkatan kepada keluarga Nabi Ibrahim. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia. 

10) Akhiri dengan Salam

Pusingkan kepala anda ke kanan dan ke kiri, bermula dengan kanan. Pusing sehingga pipi anda dapat dilihat oleh sesiapa di belakang anda, dan baca:

السلام عليكم ورحمة الله

Assalamu alaykum wa-rahmatullah

Kesejahteraan dan rahmat Allah ke atas kamu

Panduan, Solat, Sunat, Aidilfitri, Di Rumah

11) Mendengar Khutbah

Khutbah selepas Solat Sunat Aidilfitri bukan sebahagian daripada rukun-rukun Solat Sunat tersebut sepertimana ia merupakan sebahagian daripada rukun-rukun Solat Jumaat. Ia dianggap sebagai sebahagian daripada Sunnah dalam melaksanakan Solat Aidilfitri secara berjemaah. Oleh itu, anda tidak perlu menyampaikan khutbah di rumah.

Setelah selesai melaksanakan Solat Sunat Aidilfitri, anda boleh mendengar khutbah di SalamSG TV YouTube dan Facebook pada jam 7.40 pagi untuk khutbah Melayu yang disertakan sari kata dalam bahasa Inggeris.

Dengan pahalanya yang bernilai tinggi di sisi Allah s.w.t. dan semangat Hari Raya, semoga Solat Sunat Aidilfitri tahun ini menjadi lebih bermakna. Marilah kita mulakan fasa baru perjalanan kita dengan melakukan ketaatan kepada Allah s.w.t. yang merupakan sumber kemenangan buat kita semua.

Dan Allah Maha Mengetahui.

Cara, Panduan, Solat, Sunat, Aidilfitri, Di Rumah

 

Subscribe to our newsletter

* indicates required
Topics
All Asnaf Inspiring Muslims Dua Faith Family Ramadan Halal Malay Wakaf Travel Misconceptions
Join our mailing list
SUBSCRIBE