collections khutbah Akhlak Baginda (s.a.w) Ketika Menghadapi Cabaran
Akhlak Baginda (s.a.w) Ketika Menghadapi Cabaran

Majlis Ugama Islam Singapura

Khutbah Jumaat

17 Februari 2023 / 26 Rejab 1444H

 


Akhlak Baginda (s.a.w) Ketika Menghadapi Cabaran

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah,

Marilah kita bertakwa kepada Allah (s.w.t), dengan melakukan segala yang diperintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. 

Saudara dan saudari,

Allah (s.w.t) berfirman:


Yang bermaksud, “Dan tidaklah sama perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.” [Fussilat: 34]

Ayat yang baru saya bacakan tadi merupakan panduan illahi berkaitan cara yang terbaik untuk seorang mukmin bertindak. Panduan ini adalah penting untuk kita hayati, lebih-lebih lagi berhadapan dengan cabaran kehidupan yang pelbagai.Sudah menjadi naluri insan biasa untuk merasa marah apabila sesuatu yang kita hormati itu diperlakukan dengan kelakuan yang tidak sewajarnya. Sebagai contoh, isu seperti pembakaran kitab suci al-Quran. Persoalannya adalah, apakah panduan agama bagi individu mukmin berhadapan dengan cabaran tersebut?

Ayat tadi merupakan panduan buat kita. Iaitu keburukan bukannya dibalas dengan keburukan yang sama, akan tetapi hendaklah dibalas dengan kebaikan serta cara yang lebih baik. Sehinggakan mereka yang membenci dan memusuhi akan menjadi teman atau sahabat baik. Itulah yang diajarkan oleh agama ini. Balasan yang baik tentunya akan meraih kebaikan yang lebih besar.

Perhatikan perjalanan hidup junjungan kita Nabi Muhammad (s.a.w) dalam hal ini. Bagaimana sepanjang perjalanan dakwah Baginda (s.a.w), beliau berhadapan dengan permusuhan dan kebencian, hatta diusir keluar daripada negara sendiri. Namun tidak pernah sekalipun Nabi Muhammad (s.a.w) membalas kejahatan yang Baginda hadapi dengan kejahatan.

Bahkan ketika Islam menawan kota Mekkah, ketika itu Nabi Muhammad (s.a.w) berada di puncak kekuasaan. Baginda boleh sahaja membalas setiap kezaliman yang pernah berlaku ke atasnya sekiranya Baginda mahu. Akan tetapi, jawapan Nabi (s.a.w) kepada mereka yang dahulunya memusuhi Baginda: “Pergilah sesungguhnya kamu semua bebas.” [Hadis riwayat Imam al-Baihaqi]

Semoga Allah sentiasa memberi kita petunjuk untuk mencontohi akhlak Nabi Muhammad (s.a.w). Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

أَقُوْلُ قَوْلِي هَذَا وَ أَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِي وَ لَكُمْ، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُوْرُ الرَّحِيْم

 

Khutbah Kedua

الحَمْدُ للهِ حَمْدًا كَثِيرًا كَمَا أَمَرَ، وَأَشْهَدُ أَن لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله، اِتَّقُوا اللهَ تَعَالَى فِيمَا أَمَرَ، وَانتَهُوا عَمَّا نَهَاكُم عَنْهُ وَزَجَرَ.

أَلَا صَلُّوا وَسَلِّمُوا عَلَى النَّبِيِّ الْمُصْطَفَى، فَقَدْ أَمَرَنَا اللهُ بِذَلِكَ حَيْثُ قَال فِي كِتَابِهِ العَزِيزِ: إِنَّ اللهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَـا أَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا تَسلِيمًا. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَ بَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ.

وَارْضَ اللَّهُمَّ عَنِ الخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ المَهْدِيِّينَ أَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ وَعَلِيِّ، وَعَن بَقِيَّةِ الصَّحَابَةِ وَالقَرَابَةِ وَالتَّابِعِينَ، وَتَابِعِي التَّابِعِينَ، وَعَنَّا مَعَهُم وَفِيهِم بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلمُؤْمِنِينَ وَالمُؤْمِنَاتِ، وَالمُسْلِمِينَ وَالمُسْلِمَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنهُم وَالأَمْوَاتِ. اللَّهُمَّ ادْفَعْ عَنَّا البَلَاءَ وَالوَبَاءَ وَالزَّلَازِلَ وَالمِحَنَ، مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ، عَن بَلَدِنَا خَاصَّةً، وَسَائِرِ البُلْدَانِ عَامَّةً، يَارَبَّ العَالَمِينَ. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنيَا حَسَنَةً، وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. 

عِبَادَ اللهِ، إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالعَدْلِ وَالإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي القُرْبَى، وَيَنْهَى عَنِ الفَحْشَاءِ وَالمُنكَرِ وَالبَغْيِ، يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ، فَاذكُرُوا اللهَ العَظِيمَ يَذْكُركُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدكُمْ، وَاسْأَلُوهُ مِن فَضلِهِ يُعطِكُم، وَلَذِكرُ اللهِ أَكبَرُ، وَاللهُ  يَعلَمُ مَا تَصنَعُونَ.