collections khutbah Menyubur Sunnah, Menuju Jannah
Menyubur Sunnah, Menuju Jannah

Kata Kunci:

Sunnah

Hadith

Hidup          

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat

19 September 2025 / 26 Rabiulawal 1447H 

Menyubur Sunnah, Menuju Jannah

ٱ حلَحْم د لَّّلِ ٱَلذّي أَحرسَلَ رَ سوَل ه بّٱح لدَْى وَّدينّ ٱ حلَّْ ق لّ يحظّهرَ ه عََلى ٱل دّينّ كّ لّه

وَكََف ىبّٱلَّلِ شَّهيدًا.أَحشَه دأَحنلَإَّ لَهإَّل ٱَ للِ وَححدَ هلَ شَرّيكَلَ ه، وََأحشَه دأَنَ

نَّبَينَا مَمَُدًا عَحب د ه وَرَ سو ل ه. ٱلَل همَ صَّ ل وَسَّ لحم عََل ى سَّ يدَّن مَمَُ د وَعََل ى آّلّه

وََأ حصحَاّبّهأَ حجَعّْحيَْ.أََمابَحع د، فَيَا عَّبادَ ٱ لّلِ، ٱَت قوا ٱ لَلِ.قَالَتَعَاَلفّ الَتحنزّحيل:

يَأََُّيهَا اَلذّينَ آَم نوا اَت قوا الََلِ حَقَ تقَاّتّه وََل َ توَ تنَإَّل وََأحن تحم م حسّلمونَ.

Zumratal mukminin rahimakumullah,

Jadikanlah takwa cahaya yang membimbing kita kepada kebenaran. Laksanakan segala perintah Allah dan jauhi segala larangan-Nya. Hiasilah amalan kita dengan sunnah Nabi Muhammad s.a.w., agar jiwa kita pula dihiasi dengan kalungan iman. Amin, ya Rabbal ‘Alamin.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Bagaimanakah caranya kita mengikuti jejak langkah Rasulullah s.a.w.? Adakah cukup dengan sekadar mempelajari dan mempercayai ajaran Baginda?

 

Pastinya tidak! Mencontohi Rasulullah s.a.w. bukan dengan sekadar berimandengan ajarannya. Lebih daripada itu, ia bererti mencontohi dan menghidupkan sunnahnya – seperti ajarannya, didikannya, perilakunya dan peribadinya.

Allah s.w.t. berfirman dalam Surah Ali ‘Imran ayat 31:

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Nabi, kepada mereka): ‘Jika kamu benar-benarmencintai Allah, maka ikutilah aku; (nescaya) Allah mengasihimu dan mengampunkan dosa-dosamu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagiMaha Penyayang.’”

Ayat ini mengajarkan kita sebuah hakikat yang mendalam: jika benar kita mencintai Allah, maka kita mestilah terlebih dahulu mengikuti dan mencontohi Rasulullah s.a.w. Sebagai ganjaran, Allah akan melimpahkan kasih sayang-Nya serta pengampunan-Nya ke atas kesilapan kita.

Saudaraku,

Alangkah beruntungnya kita sebagai umat nabi Muhammad

s.a.w. kerana tradisi sunnah Baginda kekal mekar hingga ke hari ini. Ia terpelihara hasil daripada usaha para ulama sepanjang zaman. Contohnya, Imam al-Bukhari rahimahullah telah mengembara begitu jauh danmenghabiskan usianya

 

dalam usaha mengumpulkan hadith Rasulullah s.a.w. Bahkan, beliau begitu tekun sehingga menunaikan solat sunnat dua rakaat setiap kali sebelum mula mencatatkan hadith ke dalam kumpulan sahihnya. Mengapa beliau bersusah payah sehingga begitu sekali?

Saudaraku, para ulama seperti Imam Al-Bukhari memahami bahawa tradisi hadith sekaligus sunnah Rasulullah s.a.w. bukan sekadar kata-kata, tetapi sebuah warisan yang hidup merentasi zaman. Walaupun kita tidak berkesempatan bersua dan berbicara dengan Rasulullah s.a.w., sunnahBaginda terus menjadi cahaya yang menuntun jiwa, ibarat pelita yang terus menyala.

Oleh itu, apakah yang harus kita lakukan dengan warisan

sunnah Nabi Muhammad s.a.w.?

Saudara sekalian,

Mimbar mengajukan dua cara untuk kita menghidupkan sunnah dalam kehidupan seharian.

Pertama: Mengenal pasti sunnah yang mudah diamalkan

Mulakanlah dengan sunnah yang ringan supaya lebih mudah untuk kita amalkan secara berterusan. Antaranya, doa-doa warid yang terkumpul dalam kitab seperti Al-Azkar dan HisnulMuslim, yang berasaskan hadis untuk setiapkeadaan 

 

daripada bangun tidur, makan, masuk dan keluar rumah atau masjid, hinggalah saat kita tidur di malam hari.

Contohnya, antara doa yang dibaca oleh Nabi s.a.w. ketika keluar rumah:

 

الَل همَإّّ نأَ عو ذبّكَأَحنأَضّلَأَحو أضَلَ،أَحوأَزّلَأَحو أزَلَ،أَحوأَ حظّلمَأَحو أ حظَلمَ،أَحوأَحجَهلَأَحو حيهَُلَ عََليَ

 

Yang bermaksud: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu supaya aku tidaktersesat atau disesatkan, tergelincir atau digelincirkan, menganiaya atau dianiaya, memperbodohkan atau diperbodohkan.” (Riwayat Abi Daud)

Dengan mengamalkan doa-doa ini, kita sentiasa berhubung dengan Allah sambil mencontohi sunnah Rasulullah s.a.w.

Sekiranya kita belum terdetik untuk mengamalkan sunnah kerana lebih prihatin terhadap ibadah yang wajib, ketahuilah amalan sunnah boleh menebus kekurangan dalam perlaksanaan yang wajib, seperti dalam urusan solat.

Selain itu, kita juga harus mendidik anak-anak tentang amalan sunnah sejak kecil. Dengan permulaan yang mudah, mereka akan belajar menghargai tradisi sunnah, sekaligus lebih mengenali dan mencintai Rasulullah s.a.w.

Kedua: Menjadikan sunnah sebagai panduan kehidupan seharian

 

Sunnah Rasulullah s.a.w. tidak terbatas kepada urusan ibadah sahaja. Sunnah merangkumi soal akhlak, tutur kata, hubungan dengan keluarga, rakan sekerja dan seluruh masyarakat.

Ya, puasa Isnin Khamis dan solat berjemaah di masjid adalah sunnah yangharus dijaga. Namun, usah pula kita meremehkan aspek sunnah yang lain: Berbaik sangka adalah sunnah, berwajah mesra dan menegur sapa adalah sunnah, bersikap rendah diri adalah sunnah, sabar dalam berinteraksi juga adalah sunnah.

Apabila seseorang menghayati sunnah dengan teliti, ia dapat membentuk disiplin hidup yang seimbang. Dia lebih menjaga masa, beradab, bersifat kasih sayang sesama insan dan mempunyai kesedaran untuk menjaga kesihatan.

Bukankah aktiviti seperti menunggang kuda, memanah dan berenang juga merupakan sunnah Baginda? Walaupun kita mungkin hanya berpeluang beriadah dengan cara yang lain, namun dengan niat mencontohi sunnah Rasulullah s.a.w. dalam menjaga kecerdasan, kita berharap meraih ganjaran daripada Allah s.w.t.

Sidang Jumaat yang dirahmati,

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara; kamu tidak akan tersasar selama kamu berpegang teguh kepada keduanya: (Dua perkara itu adalah) Kitabullah dan sunnah Rasul-Nya.” (Riwayat Malik)

 

Marilah kita bersama menjadi penghubung warisan sunnah Nabi Muhammad s.a.w., dengan harapan agar kita layak menjadi penghuni Jannah pada suatu hari kelak.

Semoga Allah s.w.t. memberi kita taufik dan istiqamah untuk mencontohiRasulullah s.a.w. Semoga Allah memenuhi hati kita dengan cinta terhadap sunnah, menjadikannya sumber kejayaan di dunia dan akhirat. Amin, ya Rabbal ‘Alamin.

 

الغَ فحو ر

 

الَعظّحيمَلّ وََل كحم، فَاحسَتحغّف رو هإَّن ه هَو

 

اَلل

 

أَ قحو ل قَحوّل هَذَا وََأحسَتحغّف ر الرَحّحيم.

 

Khutbah Kedua

الَحْم د لّل حَحدًَا كَّثيًرا كَمَا أََمَر، وََأحشَه د أَن لَ إَّلَه إَّل الل وَححدَ ه لَ شَرّيكَ

لَه، وََأحشَه د أَنَ سَّ يدََن مَمَُدًا عَحب د ه وَرَ سو ل ه. الَل همَ صَّ ل وَسَّ لحم عََلىسَّ يدَّن

 مَمَُ د وَعََلى آّلّه وََأ حصحَاّبّهأَ حجَعّْيَْ.أََما بَحع د، فَيَا عَّبادَ الل،اَّت قوااَللتَعَاَل

فّيمَاأََمَر، وَانَت هوا عَمَا نََاَ كم عَحن ه وَزَجََر.

أََل صَُّلوا وَسَّ ل موا عََلى الَنّّ ب احل م حصطََفى، فَقَحد أََمرََن الل بّذَّلكَ حَحي ث قَال

فّ كَّتاّبّه الَعزّيزّ:إّنَ اَلل وََمَلئَّكََت ه يصَُّلونَ عََلى الَنّّ ب يَا أَُّيهَا اَلذّينَ ءَاَمنوا

صَُّلوا عََليّه وَسَّ ل موا تَ حسّليمًا. الَل همَ صَّ ل وَسَّ لحم وََبرَّحك عََلىسَّ يدَّن مَمَُ د

وَعََلى آّل سَّ يدَّن مَمَُ د.

وَاحرضَ الَل همَ عَنّ ا لَخلَفاّء الرَاشّدّينَ الَمحهدّّ ييَْ سَادَاّتَناأَّببَحك ر وَ عمََر وَ عحثمَانَ

وَعَّل يّ، وَعَنبَّقَيّة الصَحَاَبّة وَالَقرَاَبّة وَالَتاّبّعيَْ، وََتبَّّعي الَتاّبّعيَْ، وَعََنا مََع هم

وَّفيّهمبّرَ ححَتَّكَ يَأََحرحَمَ الرَاحّّيََْ.

الَل همَ احغّفحرلّل محؤّمّنيَْ وَا لمحؤّمَناتّ، وَا لم حسّلمّيَْ وَا لمحسّلمَاتّ، الَأححَياّءمّن هم

وَالَأحموَاتّ. الَل همَ احدَفحع عََنا الَبَلءََ وَالوََبءََ وَالزََلزّلَ وَالّمحَنَ،مَا ظََهَر

مّحنهَا وََمابَطَنَ، عَنبَلَدَّن خَاصًَة، وَسَاّئّر ال بحلدَانّ عَاَمًة،يََ رَبَالَعاَلمّيَْ.

اَلَل همَ احن صحر إّحخوَاَننَا حا لم حسَت حضَعّفحيَفّْ غَزَة وَّففّّل حسطّيَْ وَّ حف كّ ل مَكَا ن

عَاَمًة، يَأََحرحَمَ الرَاحّّيََْ.اَلَل همَبَ دّحل خَحوَف هحمأَحمًنا، وَ ححزَ نحَمفَرَحًا، وَهَََ هحم

فَرَجًا، يََ رَبَ الَعاَلمّيَْ. اَلَل همَ احك تبّ ال ّ سحلمَ وَالسَلَمََ وَالَأحمنَوَالََأمانَ

 

لّحلَعاَّل كّ لّهوَّللَناسّأَ حجَعّْيَْ. رََبنَا آّتَنافّ الدُّنَيا حَسََنًة، وَّف الآخّرَّة حَسََنًة،

وَّقَنا عَذَابَ الَناّر.

عَّبادَ اّلل، إّنَ اَلل حَيَ م ر بّلََعحدّل وَالّإححسَانّ وَّإيَتاّء ذّي ال قحرَبَ،وََيحنهَى عَنّ

الَف ححشَاّء وَا لمنكَرّ وَالَبحغيّ، يَّع ظ كحم لََعَل كحم تَذَكَ رونَ، فَاذ ك روااَلل الَعظّيمَ

يَحذ كرح كحم، وَاحش ك رو ه عََلى نَّعمّّه يَزّدح كحم، وَاحسَأ لو ه مّن فَ حضّلّه يحعطّ كم، وََلذّحك ر

اّللأَحكَ بَ، وَ الليَحعَل م مَاتَ حصَن عونَ.