Majlis Ugama Islam Singapura
Khutbah Jumaat
11 Februari 2022 / 9 Rejab 1443H
Sabar Dan Tabah Dalam Menghadapi Ujian
Para Muslimin dan Muslimat,
Marilah sama-sama kita tingkatkan ketakwaan kita kepada Allah (s.w.t.) dengan mentaati segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala tegahan-Nya. Semoga dengan segala amal kebaikan yang kita kerjakan beroleh ganjaran di sisi Allah (s.w.t.).
Para Muslimin dan Muslimat,
Pada minggu lepas kita telah menelusuri sifat syukur yang ditunjukkan oleh Nabi Sulaiman (a.s.). Pada hari ini kita akan cuba merenung tentang kesabaran dan ketabahan dalam menempuh ujian sepertimana yang ditunjukkan oleh Nabi Ayyub (a.s.).
Para Muslimin dan Muslimat,
Nabi Ayyub merupakan salah seorang Nabi yang telah dikurniakan Allah dengan kekayaan dan kemewahan. Namun kekayaan tersebut tidak pernah menjadikannya sombong. Bahkan beliau menggunakan kekayaannya untuk membantu orang lain dan bersyukur kepada Allah dengan sentiasa berzikir kepada-Nya.
Pada suatu hari Allah telah mengujinya dengan menarik balik kekayaannya, anak-anaknya meninggal dan beliau pula ditimpa sakit yang berpanjangan. Namun Nabi Ayyub (a.s.) tidak pernah menyalahkan Tuhan, beliau menghadapinya dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Dan ketabahan ini terakam daripada doa yang beliau panjatkan kepada Allah (s.w.t.):
Yang bermaksud: “Dan (ingatlah kisah) Ayyūb ketika ia menyeru Tuhan-nya: "(Ya Tuhan-ku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang".” (Surah al-Anbiya’: 83).
Para Muslimin dan Muslimat,
Lihatlah reaksi yang ditunjukkan oleh Nabi Ayyub (a.s.) apabila berdepan dengan ujian. Beliau sesekali tidak menyalahkan Tuhan di atas apa yang telah berlaku pada dirinya. Tetapi beliau bersabar dan bertabah di atas ujian tersebut. Malah, beliau memuji Allah dan mengadu kepada-Nya di atas kesakitannya. Kerana Nabi Ayyub yakin bahawa sifat rahmat Allah (s.w.t.) melebihi segalanya.
Demikianlah adab dan tatasusila yang ditunjukkan oleh Nabi Ayyub (a.s.) tatkala berhadapan dengan ujian dengan sabar dan tabah. Allah kemudian memujinya dan membalasnya dengan ganjaran yang besar seperti yang terakam di dalam surah Sad ayat 43:
Yang bermaksud: “Dan Kami kurniakan kepadanya keluarganya, dengan sekali ganda ramainya, sebagai satu rahmat daripada Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang berakal.”
Para Muslimin dan Muslimat,
Kisah yang baru kita telesuri memberi kepada kita beberapa pengajaran yang penting. Antaranya, bagaimana hebat sekalipun ujian seseorang, ketahuilah bahawa pasti ada penghujung dan kesudahannya. Kerana hidup ini adalah seperti putaran roda. Walaupun kadangkala nampaknya macam kita berada di bawah, serta ujian yang terus menimpa diri, pasti akan datang huraian serta jalan keluarnya. Paling penting bagi setiap individu Mukmin adalah untuk berusaha dan berikhtiyar. Dan jangan sekali-kali berputus asa. Kerana istilah “berputus asa” itu tiada di dalam kamus kehidupan seorang Mukmin.
Justeru, teruskanlah usaha untuk melakukan amal soleh yang terbaik mengikut kemampuan kita walaupun dalam keadaan kita diuji. Kita perlu sedar, kadar ujian yang Allah berikan buat kita berbeza-beza, menurut kadar masing-masing yang telah ditetapkan oleh-Nya. Pastinya, Allah Maha Adil lagi Bijaksana dalam memberi ujian kepada hamba-hamba-Nya.
Akhir sekali, sentiasalah mempunyai sangkaan yang baik kepada Allah dan yakinlah bahawa setiap ujian yang diberikan kepada kita ada hikmah dan kebaikannya buat kita. Nabi (s.a.w.) bersabda yang bermaksud: “Janganlah salah seorang di antara kamu meninggal dunia kecuali dia berprasangka baik kepada Allah (s.w.t.).” (Hadis riwayat Imam Muslim).
Semoga Allah sentiasa memandu kita dalam mencari jalan keluar pada setiap ujian dengan mengurniakan kita kesabaran dan ketabahan dalam kehidupan. Amin. Ya Rabbal ‘Alamin.
أَقُوْلُ قَوْلِي هَذَا وَ أَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِي وَ لَكُمْ، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ
Khutbah Kedua
الحَمْدُ للهِ حَمْدًا كَثِيرًا كَمَا أَمَرَ، وَأَشْهَدُ أَن لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله، اِتَّقُوا اللهَ تَعَالَى فِيمَا أَمَرَ، وَانتَهُوا عَمَّا نَهَاكُم عَنْهُ وَزَجَرَ.
أَلَا صَلُّوا وَسَلِّمُوا عَلَى النَّبِيِّ الْمُصْطَفَى، فَقَدْ أَمَرَنَا اللهُ بِذَلِكَ حَيْثُ قَال فِي كِتَابِهِ العَزِيزِ: إِنَّ اللهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَـا أَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا تَسلِيمًا. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَ بَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ.
وَارْضَ اللَّهُمَّ عَنِ الخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ المَهْدِيِّينَ أَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ وَعَلِيِّ، وَعَن بَقِيَّةِ الصَّحَابَةِ وَالقَرَابَةِ وَالتَّابِعِينَ، وَتَابِعِي التَّابِعِينَ، وَعَنَّا مَعَهُم وَفِيهِم بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلمُؤْمِنِينَ وَالمُؤْمِنَاتِ، وَالمُسْلِمِينَ وَالمُسْلِمَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنهُم وَالأَمْوَاتِ. اللَّهُمَّ ادْفَعْ عَنَّا البَلَاءَ وَالوَبَاءَ وَالزَّلَازِلَ وَالمِحَنَ، مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ، عَن بَلَدِنَا خَاصَّةً، وَسَائِرِ البُلْدَانِ عَامَّةً، يَارَبَّ العَالَمِينَ. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنيَا حَسَنَةً، وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
عِبَادَ اللهِ، إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالعَدْلِ وَالإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي القُرْبَى، وَيَنْهَى عَنِ الفَحْشَاءِ وَالمُنكَرِ وَالبَغْيِ، يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ، فَاذكُرُوا اللهَ العَظِيمَ يَذْكُركُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدكُمْ، وَاسْأَلُوهُ مِن فَضلِهِ يُعطِكُم، وَلَذِكرُ اللهِ أَكبَرُ، وَاللهُ يَعلَمُ مَا تَصنَعُونَ.