Soal Jawab Tentang Ramadhan

by Muslim.Sg 2020-05-02 • 11 min read
Muslim.Sg is a one-stop online media platform that aims to inspire and empower millennial Muslims with powerful and engaging Islamic religious content.
2020-05-02 • 11 min read

Segala puji bagi Allah.

Ramadhan, Soalan Lazim, Soal, Jawab, RamadhanRamadhan adalah bulan di mana kita berusaha untuk meraih ganjaran dan pahala yang melimpah dengan berusaha untuk menjauhkan diri dari makanan dan minuman pada siang hari dan juga dari perkara-perkara yang boleh merosakkan hati seperti mengumpat dan melihat perkara-perkara yang harus kita hindari.

Namun, dalam mencuba yang terbaik untuk melakukan amalan-amalan tersebut, ada di antara kita yang masih keliru tentang apa yang boleh dan tidak boleh kita lakukan sepanjang Ramadhan ini. Mereka kemudian mencari jawapan dari pelbagai platform, antaranya adalah Google.

Berikut adalah antara senarai soalan masyhur yang dicari dalam talian dan telah dijawab oleh Asatizah untuk anda:

Adakah dibenarkan untuk mencium pada bulan Ramadhan?

Terdapat hadis-hadis yang menunjukkan bahawa Nabi s.a.w. mencium isterinya ketika berpuasa. Terdapat juga kejadian-kejadian di masa lalu di mana Nabi s.a.w. telah memberi jawapan-jawapan yang berbeza kepada para Sahabat bergantung pada kemampuan mereka untuk menahan dari berbuka puasa.

أَنَّ رَجُلاً، سَأَلَ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم عَنِ الْمُبَاشَرَةِ لِلصَّائِمِ فَرَخَّصَ لَهُ وَأَتَاهُ آخَرُ فَسَأَلَهُ فَنَهَاهُ ‏.‏ فَإِذَا الَّذِي رَخَّصَ لَهُ شَيْخٌ وَالَّذِي نَهَاهُ شَابٌّ

Seorang lelaki bertanya kepada Nabi s.a.w. adakah orang yang berpuasa boleh bermain-main (dengan pasangannya) dan dia (Nabi) memberinya keizinan; tetapi apabila seorang lelaki lain datang kepadanya (Nabi), dan bertanya kepadanya (pertanyaan yang sama), dia melarangnya. Orang yang diizinkannya adalah seorang tua dan orang yang dilarangnya adalah seorang pemuda.

 (Sunan Abu Daud)

Ciuman yang tidak membawa kepada kemesraan seksual dibenarkan. Dengan kata lain, ciuman yang membawa seseorang kepada kemesraan seksual dilarang. Hadis berikut menunjukkan bahawa berciuman ketika berpuasa dibenarkan, dengan syarat ia tidak menimbulkan keinginan untuk melakukan aktiviti yang lebih mesra.

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يُقَبِّلُ وَيُبَاشِرُ وَهُوَ صَائِمٌ وَكَانَ أَمْلَكَكُمْ لإِرْبِهِ

Rasulullah s.a.w akan mencium dan bermain ketika berpuasa, dan dia mempunyai kawalan yang terbaik terhadap keinginannya di antara kamu.

(Sahih Muslim)

Oleh itu, adalah lebih baik untuk mengelakkan diri dari mencium pasangan anda ketika berpuasa sepertimana kita digalakkan untuk tidak melakukan aktiviti-aktiviti lain yang boleh membatalkan puasa kita.

Adakah dibenarkan untuk menggunakan minyak wangi pada bulan Ramadhan?

Menggunakan minyak wangi pada bulan Ramadhan tidak membatalkan puasa.

Adakah dibenarkan untuk memotong rambut pada bulan Ramadhan?

Ini adalah soalan-soalan sebenar yang dilihat di carian google. Memotong rambut tidak membatalkan puasa. Oleh itu, anda boleh memotong rambut anda ketika berpuasa pada bulan Ramadhan.

Adakah dibenarkan untuk menggosok gigi pada bulan Ramadhan?

Soal, Jawab, Lazim, Soalan, Lazim, Di Bulan, RamadhanMenggosok gigi tidak membatalkan puasa, selagi ubat gigi atau air tidak melalui tekak kerana berlebihan atau sengaja.

Ketika berpuasa, kita disarankan untuk tidak menggosok gigi atau berkumur secara berlebihan.

Sekiranya seseorang menggosok gigi atau berkumur secukupnya dan tidak berlebihan, puasanya tetap sah walaupun air masuk ke tekaknya secara tidak sengaja. Sama juga dengan habuk atau zarah-zarah kecil yang masuk ke tekak tanpa sengaja.

Jika anda ingin menggosok gigi, anda boleh melakukannya pada waktu pagi sebelum Subuh atau selepas Maghrib. 

Kebersihan merupakan sebahagian daripada iman. Pastikan kita menjaga kebersihan walaupun ketika kita berpuasa.

Adakah dibenarkan untuk merokok pada bulan Ramadhan?

hukum, merokok, ketika, puasa, hisap, rokok, batal, puasaMerokok membatalkan puasa. Sesiapa yang merokok di waktu puasa pada bulan Ramadhan wajib membayar puasa (qadha ’).

Merokok tidak hanya memberi kesan kepada perokok itu sendiri. Ia juga memberi kesan kepada orang-orang di sekelilingnya, khususnya mereka yang sedang berpuasa. Ia juga merbahaya bagi perokok dan orang-orang lain. Oleh itu, seorang perokok harus mengelakkan diri dari merokok, terutamanya pada bulan Ramadhan.

Allah s.w.t. berfirman dalam Al-Quran:

وَلا تُلقوا بِأَيديكُم إِلَى التَّهلُكَةِ ۛ وَأَحسِنوا ۛ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ المُحسِنينَ

Dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.

(Surah Al-Baqarah:195)

Jika anda seorang perokok, anda mungkin boleh cuba untuk berhenti merokok pada bulan Ramadhan. Apabila anda berpuasa setiap hari tanpa menghisap rokok pada siang hari, ia merupakan peluang untuk anda terus melawan keinginan untuk merokok walaupun setelah berbuka puasa.

Adakah dibenarkan untuk mendengar muzik pada bulan Ramadhan?

Mendengark muzik atau menonton TV tidak membatalkan puasa.

Walau bagaimanapun, anda mungkin boleh menahan diri dari aktiviti-aktiviti hiburan terutamanya yang melibatkan kandungan yang tidak sesuai ditonton.

Ramadhan lebih dari sekadar menahan diri dari makanan dan minuman. Ramadhan adalah peluang untuk kita mengembangkan diri dengan menjadi orang-orang yang lebih baik di sisi Allah s.w.t. Kita harus menumpukan perhatian kita pada pengembangan rohani dan sumbangan komunal sambil meneruskan komitmen dan tanggungjawab harian kita.

Anda juga mungkin boleh memperbanyakkan Zikir, Doa atau mencari program-program pendidikan seperti kelas-kelas agama di dalam talian dan podcasts pada masa lapang anda untuk mengoptimumkan pengalaman Ramadhan anda. 

Rebutlah peluang pada bulan Ramadhan untuk melakukan amalan-amalan baik dan meluangkan masa bersama Al-Quran dengan orang-orang yang anda sayangi. Pahalanya akan berganda insya'Allah.

Bolehkah saya berpuasa pada bulan Ramadhan semasa hamil?

Puasa, ketika, hamil, hukum, puasa, ibu, mengandungSeorang wanita hamil boleh terus berpuasa jika secara fizikalnya dia mampu melakukannya. Digalakkan untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum berpuasa. 

Namun, jika dia tidak mampu untuk berpuasa kerana bimbang akan dirinya sendiri, dia harus membayar hari-hari puasa yang ditinggalkannya (qadha ’) saja.

Sekiranya dia bimbang akan dirinya dan juga anaknya, dia harus membayar hari-hari puasa yang ditinggalkannya (qadha ’) dan membayar fidyah.

Hukum yang sama terjadi juga untuk ibu-ibu yang menyusukan anak mereka.

Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai kadar fidyah semasa di sini.

Bolehkan saya berpuasa pada bulan Ramadhan semasa haid?

Seorang wanita dalam keadaan haid wajib untuk tidak berpuasa, sebagai rahmat dari Allah s.w.t. Yang wajib baginya adalah membayar hari-hari puasa yang ditinggalkannya (qadha ’).

Ini adalah menurut Sayidatuna Aisyah r.a:

كَانَ يُصِيبُنَا ذَلِكَ فَنُؤْمَرُ بِقَضَاءِ الصَّوْمِ وَلَا نُؤْمَرُ بِقَضَاءِ الصَّلاة

“Kami dahulu juga mengalami haid, maka kami diperintahkan untuk mengqadha' puasa dan tidak diperintahkan untuk mengqadha' solat”

(Sahih Muslim)

Namun, ini tidak bermaksud wanita-wanita dalam keadaan haid tidak dapat memperoleh pahala orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan. Allah s.w.t. Maha Penyayang dan terdapat banyak lagi cara untuk memperoleh pahala yang banyak.

Untuk alternatif atau panduan lebih lanjut mengenai apa yang boleh dilakukan oleh wanita-wanita Muslim semasa haid pada bulan Ramadhan ini, lihat artikel 7 perkara yang boleh anda lakukan sekiranya anda tidak dapat berpuasa.

Walaupun tidak ada hukum tetap dalam agama yang melarang daripada menelan pil-pil perubatan untuk melambatkan kedatangan haid (asalkan ia tidak mendatangkan bahaya), anda tidak perlu melakukan sedemikian untuk terus berpuasa. Hadis yang disebutkan di atas adalah panduan oleh Nabi untuk wanita-wanita dalam keadaan haid yang ingin berpuasa pada bulan Ramadhan. Oleh itu, adalah lebih baik untuk haid datang atau pergi secara semula jadi.

Bolehkah saya bersenam pada bulan Ramadhan?

bersenam, waktu, ramdhan, waktu, sesuai, untuk, bersenam, dibulan, puasaYa, bersenam tidak membatalkan puasa dan juga tidak mengurangkan kesucian puasa.

Walau bagaimanapun, adalah penting untuk kita tidak meletihkan diri sendiri dengan senaman yang terlalu intensif untuk mengelakkan diri dari merasa lelah sepanjang hari. Malah, jika kita tidak berhati-hati, ia boleh mendatangkan bahaya.

Anda mungkin boleh melakukan senaman ringan sejam sebelum berbuka puasa. Dengan cara ini, kita dapat mengembalikan tenaga sewaktu berbuka puasa sesudahnya. Anda juga boleh bersenam pada waktu malam atau sebelum azan Subuh.

Bolehkah saya menurunkan berat badan pada bulan Ramadhan?

Turun, berat, badan, di, bulan, ramadhan, cara, menurunkan, berat, badanPuasa telah terbukti memberi manfaat kepada yang berpuasa secara rohani dan secara fizikal. Ia tidak memberi sebarang masalah selagi anda menjaga kuantiti makanan anda dan makan makanan yang seimbang.

Sebagai umat Islam, kita seharusnya mengamalkan gaya hidup sihat, bukan sahaja pada bulan Ramadhan. Janganlah kita menjadi seperti mereka yang berpuasa sepanjang hari dan makan sepanjang malam. Kita tidak seharusnya makan secara berlebihan dan membazir makanan. Ini adalah tanggungjawab sosial dan agama.

Tambahan lagi, penting untuk kita mengingatkan diri kita tentang tujuan utama berpuasa; untuk mengembangkan diri kita agar menjadi orang-orang yang lebih baik di sisi Allah s.w.t. Menurunkan berat badan merupakan nilai tambah dan tidak seharusnya menjadi fokus utama kita dalam menjalani ibadah puasa.

Kita harus terus mencari jawapan-jawapan dari sumber-sumber yang tepat. Kini, terdapat kelas-kelas dalam talian untuk masyarakat menghabiskan masa mereka dan belajar menerusinya. Tentunya ada banyak lagi pertanyaan yang sering diajukan di luar sana.

Dengan niat untuk mengamalkan ilmu yang bermanfaat, kita meminta kepada Allah s.w.t. agar menerima amalan-amalan kita dan memberi kita ganjaran yang terbaik pada bulan Ramadhan.

Dan Allah Maha Mengetahui.

 

 

Subscribe to our newsletter

* indicates required
Topics
All Asnaf Inspiring Muslims Dua Faith Family Ramadan Halal Malay Wakaf Travel Misconceptions
Join our mailing list
SUBSCRIBE